Sakit Hati

aii ..
penah dak semua asa cam na sakit ati bila owang yg kita sayang ta penah hargai pa yg kita buat . .
 sakit sangat kan bila owang yang kita sayang x pernah hargai kita,
kita sanggup berkorban apa saja untuk dia tapi dia???
ntah la . . aku asa cam na tah . .  yang tu x kena yang nie x kna . .
apa g ha yang patut ak wat ??? meluat betoi . .

ampa semua taw dak bila sakit ati nak wat pa???
share share!!!!

Banyakkan berdoa dan bersabar 
Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.

  















Makan coklat
Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya. Tapi kenapa anda takut gemuk ye? :p
 
Luahkan kepada kawan rapat 
Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.
Berhibur 
Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.
















Tidur
Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.

may b kalau aku ekut semua nieh bleh cool sikit kan. .
hope aku cool . .


No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
dy>